“Assalamualaikum boleh tolong screenshot Telegram saya sekejap tak? Saya nak tengok username saya je”
Sekiranya anda menerima mesej seperti ini JANGAN SESEKALI KONGSIKAN SCREENSHOT TELEGRAM anda apabila diminta sebegitu!
Ini semua adalah helah SCAMMER!
Sekiranya anda kongsikan screenshot tersebut, di situ akan ada log in code akaun anda.
Apabila mereka dapat log in code tersebut, memang sukar untuk anda dapatkan semula akaun Telegram anda.
Ingat! Tak kiralah samada keluarga, kawan mahupun jiran yang meminta untuk permintaan sebegitu, JANGAN lakukan.
Cuba anda bayangkan, apa yang Scammer ini boleh lakukan sekiranya mereka dapat akaun Telegram anda!
Kes Penipuan Telegram
Berikut kami kongsikan kes-kes penipuan yang berlaku menggunakan taktik ini.
Rujukan Artikel:
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
Matematik – Blog Kangaroo Math
Sains – Blog Kancil Science
Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
Ekonomi – Blog Kijang Economy