fbpx

4 Cara ‘Bypass’ ChatGPT untuk Dapatkan Maklumat Terkini!

Siapa dekat sini pernah gunakan ChatGPT?

Yang mana pernah gunakan ChatGPT mesti tahu tentang satu kelemahan AI yang popular ni.

Salah satu kelemahan perkhidmatan ChatGPT yang dikesan adalah data yang dikongsikan hanya terhad sehingga tahun 2021 sahaja.

Bila jadi macam ni mesti rasa “spoil” untuk buat task atau rujukan kalau maklumat yang disediakan ChatGPT tidak relevan dengan tahun semasa kan?

Ikuti blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini d dalam ChatGPT!

4 Cara ‘Bypass’ ChatGPT untuk Dapatkan Maklumat Terkini

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Khairul Ikhwan Zulkefly, beliau telah mengajar cara bypass ChatGPT untuk mendapatkan maklumat terkini.

Semudah empat langkah sahaja untuk dilakukan, boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

1) Masukkan frasa Web ChatGPT pada enjin carian di laman browser dan klik pada pautan pertama di senarai tersebut.

Sumber Gambar: FB Khairul Ikhwan Zulkefly

2) Tambah extension yang baru dimuat turun lalu beri akses agar boleh menyunting data input OpenAI yang sedia ada.

Sumber Gambar: FB Khairul Ikhwan Zulkefly

3) Aktifkan butang ‘Search On The Web’ dan pilih tetapan “5 results”, “Anytime” dan “Any region”.

Sumber Gambar: FB Khairul Ikhwan Zulkefly

Gunakan ChatGPT yang telah diubah suai ini yang mana AI telah dikemas kini dengan data tahun 2023. Boleh lihat contoh yang dikongsikan pada gambar tersebut.

Sumber Gambar: FB Khairul Ikhwan Zulkefly

Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang dikesan seperti input yang pendek, data tidak terlalu tepat dan maklumat hanya berpandukan carian popular menerusi SEO.

Jadi, anda masih boleh gunakannya tetapi tidak mempercayai 100% pada informasi yang ditawarkan.

Sumber: Facebook Khairul Ikhwan Zulkefly

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Open chat
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?