fbpx
Marty Cooper

Pencipta Telefon Bimbit Dedah Manusia Bakal Hidup Dengan Tanam Peranti Bawah Kulit!

Sudah menjadi kebiasaan buat kita pada hari ini membawa telefon pintar ke mana-mana sahaja kerana memudahkan sejumlah aktiviti seharian.

Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah pada masa kelak.

Marty Cooper selaku pencipta telefon pertama dunia kini menyasarkan generasi akan datang kelak akan memperlihatkan telefon ditanam terus dibawah kulit mereka dan juga boleh jadi disebalik telinga.

Sumber Gambar: EPFL

Peranti berkenaan juga dijangka akan dikuasakan oleh tenaga yang dijana daripada badan. Marty Copper menyasarkan kelak badan manusia akan dikuasakan dengan sensor dan mikrocip dalam memudahkan sejumlah tugasan.

Beliau turut berpendapat antara muka telefon pada hari ini semakin kompleks dan pelbagai pengeluar perlu melihat kepada inovasi dan rekaan baharu yang seterusnya.

Beliau turut menambah mengatakan mempunyai kepercayaan tinggi pada kemanusiaan yang mana sudah bermacam teknologi canggih dibangunkan sehingga mengubah landskap kehidupan kita. Malah, telefon bimbit yang dahulunya hanya boleh membuat panggilan kini berubah menjadi satu pakej lengkap dengan pelbagai fungsi.

Sumber: theVocket

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?